Saturday, July 31, 2010

:: Menjelang Ramadhan ::


Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."

Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Wednesday, July 7, 2010

:: Wita @ Bukit Tinggi ::






Hari itu, cuaca mendung..angin sepoi-sepoi bahasa. Dedaun nian meliuk lentok sambil mentari menyinari si bumi. Kami sekeluarga berkesempatan bersiar-siar di Bukit Tinggi..hahaha..ada lagi rupernye skill karangan BM aku nie..huhu.. Wita paling suke kejar rabbit nie..huuh..Here some of the photos..

Saturday, September 26, 2009

:: Syawal ::

Assalamualaiikum w.b.t

Tahun ini aku beraya di Kluang..dan kemudiannya ke Besut..Jauh perjalanan..luas pemandangan
Hehehe.. Ini ada gambar rayer buat tatapan korang..

Saturday, August 22, 2009

:: Countdown Berat Badan ::

Erkk...Alhamdulilah...menu ari ni ialah ikan patin masak tempoyak, ikan keli belada, kerabu timun, rendang dan air bandung laici...

Sodap hingga menjilat jari..makan pulak bersama keluarga ..perghh!!

Se eh (kenyang yang melampau) ..hehehe
Pagi tadi timbang berat badan ..75kg..
Tghari dah jadi 73 kg..
Tadi lepas makan?..xtimbang lagi..heheh.

Tunggu...

Friday, August 21, 2009

:: Ramadhan ::


Ramadhan tiba lagi... tahun ni aku kali pertama berpuase bersama isteri dan anak...hmmm..mesti meriah ...semoga ramadhan pada tahun ni lebih baik dari tahun2 sblmnyer...Rasanya bile dah berumur 25 tahun nie macam2 yang kena dipertingkatkan..terutamanya amal..kan kan kan... di sini aku selitkan beberapa rangkap kata2 pujangga berkaitan Ramadhan..

Ramadhan Al Mubarak
Bulan keagungan yang penuh rahmat
Bulan kecintaan dan makfirah
Di sini umat Islam berkumpul bersatu
Menghirup udara pahala berganda
Menghirup lautan pahala melimpah
Tanpa rasa gentar akan syaitan durjana..

Tapi..
Malang bagi kita
Umat Muhammad akhir zaman
ramai yang lupa dan alpa
tentang perjuangan

Kisah mereka hanya secalit tinta
Pengorbanan mereka tidak dihirau cuma
dijadikan kisah bila Ramadhan tiba..

Umat kini makin lupa
Duka Nestapa
Setiap kali
Ramadhan tiba...

Marilah umat Muhammad
Insaf dan muhasabah..
Serius dalam menangani ibadah..
Insya Allah..
Hidup akan lebih temteram..
Amin'
Amin
Amin Ya Rab'al Alamin..



bersambung....

Monday, August 17, 2009

:: Lagi Lagi Juita ::


Hmm..ntah kenapa Juitaku sayang makin banyak songehnyer..tapi makin ditgk, makin comei dan makin sayang..huhuhu..mungkin inilah yg dilalui oleh ibu bapa kita dulu.. apa pun .. aku totap sayang Juita ku...

Bagaimanakah aku gambarkan
Rasa yang membakar jiwaku
Tiada kata yang tak cliche
Bagai habis bahasa bermutu
Sedang engkau teristimewa buat diriku
Ilham tugu taj mahal
Didirikan
Barangkali kita perlu
Melihat disebalik materi
Kau anakku
Aku ayahmu
Ayuhlah kita mengikat janji
Kalau juita menolak segala dusta
Citra terindah cerita yang sakti
Ku serahkan nasibku pada cinta murni
Untuk aku rasakan murni
Patukahku hancurkan badanku ini
Kau tetap menjadi
Oh… Pujaan
Oh… Juita
Kaulah segala-galanya

*Lirik M.Nasir yang telah diubahsuai sket..hehehe

Sunday, August 16, 2009

:: Renungan Buat Suami Isteri Muda ::

Renungkan Bersama......(^_*)

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulangrusukku!Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur,Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencaritulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagimerasakan sakit di hatinya...Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuksementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukanmasing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadimembosankan.Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dancinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulaimenjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamutidak cintakan saya lagi!!!".LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan jugaberteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang airmata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekaduntuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusahamencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapisudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit dihatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akankembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahunombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorangkorban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dankembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit ituadalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnyadia patahkan.....Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai.Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudahterlambat...Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuhhati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-katayang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akanmenyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besarrisiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??